Nama lain
Perayaan Kuih Bulan atau Perayaan Pertengahan Musim Luruh (Cina Ringkas: 中秋节; Cina Tradisional: 中秋節; pinyin: zhōngqiūjié) merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (1280 Sebelum Masihi - 1341 Masihi). Kuih bulan juga dikaitkan dengan Pesta Tanglung, namun ini adalah perayaan berbeza.
Perayaan Kuih Bulan merupakan salah satu perayaan terpenting selain Hari Tahun Baru Cina. Perayaan ini disambut dengan perarakan tanglung pada malam perayaan, selain dengan kuih bulan itu sendiri.
Kuih Bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini. Kuih Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin. Menurut tradisi, pesanan untuk memberontak telah disebarkan melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.
Tarikh dirayakan
Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8 pada kalendar Cina iaitu pada akhir bulan Ogos hingga akhir bulan September. Ia selalunya hampir dengan ekuinoks musim luruh. Pada waktu ini, bulan biasanya mengambang dan terang, menjadikannya waktu yang sesuai untuk meraikan hasil tuaian musim panas.
Tujuan perayaan
Perayaan Kuih Bulan merupakan salah satu perayaan terpenting selain Hari Tahun Baru Cina. Perayaan ini disambut dengan perarakan tanglung pada malam perayaan, selain dengan kuih bulan itu sendiri.
Latar Belakang
Asal usul Perayaan Kuih BulanTerdapat sekurang-kurangnya 6 variasi kisah ini yang mengisahkan asal usul "Perayaan Kuih Bulan"
Houyi
Houyi ialah seorang dewa, sementara Chang'e pula seorang gadis molek yang berkhidmat di Istana Maharaja Jed sebagai pengiring Maharani Barat (permaisuri Maharaja Jed), sebalik sebelum kahwin. Pada suatu hari, Houyi mencetuskan kecemburuan dewa-dewi lain sehingga mereka mempersendakan Houyi menghadap Maharaja Jed. Maka Houyi dan isterinya Chang'e pun diusir dari kayangan, sekaligus terpaksa menampung kehidupan dengan memburu di Bumi. Maka dari saat inilah Houyi menjadi pemanah tersohor.
Pada ketika ini juga, terdapat sepuluh matahari, dalam bentuk burung berkaki tiga, yang berdiam di sebatang pokok kertau di laut timur; setiap hari salah seekor burung ini dijadualkan untuk mengelilingi dunia dengan pedati yang dipandu oleh Xihe iaitu "ibu" segala suria. Tibanya juga satu hari apabila kesepuluh-sepuluh matahri saling berhampiran lalu mengakibatkan Bumi terbakar. Maharaja Yao selaku pemerintah China mengarahkan Houyi agar menembak sembilan daripada suria-suria tersebut. Setelah selesainya tugas ini, maka Maharaja mengurniakan sebiji ubat yang mengabadikan nyawa Houyi, sambil memesannya: "Janganlah teragak-agak untuk menelan ubat ini; mula sekali siapkan diri dengan doa dan puasa selama setahun". Houyi membawa ubat itu pulang lalu menyorokkannya di bawah sebatang kasau, sambil memulihkan semangatnya. Ketika Houyi menyembuh dirinya, Houyi diarah menghadap maharaja sekali. Chang'e perasan sekilauan cahaya dari kasau lalu mencari dan menelan ubat itu jua. Dalam sekelip mata, dia mendapati dirinya boleh terapung. Pada detik ini pulangnya Houyi, maka dia menyedari apa yang sudah berlaku lalu memarahinya. Chang'e pun terapung dari tingkap ke angkasa.
Dengan berlengkapkan busur di tangannya, Houyi mengejar Chang'e mengelilingi separuh angkasa. Lama-kelamaan, Houyi terpaksa kembali ke Bumi kerana angin kencang. Chang'e akhirnya mendarat di Bulan dan mula batuk kerana kesukaran bernafas. Secebis ubat itu terkeluar dari mulutnya. Pada masa itu, di bulan wujudnya seekor arnab, maka Chang'e mengarahkan arnab itu untuk membuatkan sebiji lagi ubat agar dia dapat kembali ke Bumi untuk bertemu semula dengan suaminya.
Sehingga hari ini, arnab tersebut masih cuba membuat ubatnya. Houyi pula membina istana di matahari bernama "Yang" (prinsip jantan), dan Chang'e pula "Yin" (prinsip betina). Setahun sekali, pada hari bulan purnama, Houyi menziarahi isterinya. Begitulah sebab pada malam inilah bulan adalah paling indah
Dewi Chang'e dan Arnab Jed.Menurut kisah lama, Arnab Jed ini membuat ubat-ubatan bersama dewi Chang'e, untuk santapan dewa-dewi. Ada yang kata arnab ini cuma satu bentuk jelmaan Chang'e sendiri. Anda boleh perhatikan bahawa tompok-tompok gelap pada permukaan bulan purnama menyerupai bentuk arnab, sepasang telinganya tercacak ke kanan, sementara di kirinya ada dua bulatan besar yang mewakili kepala dan badannya.
Mengikut legenda, tiga pari-pari mengubah bentuk diri mereka menjadi orang tua yang mengemis makanan dari rubah, monyet, dan arnab. Si rubah dan si monyet ada makanan untuk dihulurkan kepada mereka, tetapi sayangnya si arnab tiada apa-apa untuk diberi maka ia melimpat ke dalam api marak untuk menawarkan daging dirinya sahaja. Orang-orang tua itu terharu oleh pengorbanan dan kemurnian si arnab lalu mengurniakan tempat tinggal di Istana Bulan untuknya di mana si arnab menjadi "Arnab Jed".
No comments:
Post a Comment